Showing posts with label ultrasound. Show all posts
Showing posts with label ultrasound. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

Bayi dlm kandungan kencing ke???

hah!,
bayi di dalam kandungan akan kencing dr masa ke semasa.
Air kencing bayi akan menyumbang kepada jumlah air ketuban.
Atas sebab itu juga sonographer boleh memeriksa sama ada sistem perkumuhan bayi di dlm kandungan berfungsi atau tidak.

Lihat video2 menarik baby girl dan baby boy yg kencing semasa sesi 2d scan dilakukan.
...comelllllll

2D baby girl shiii shiiii
https://www.facebook.com/sonoworldmalaysia/videos/351406595247616/

2D baby boy peeeed
https://www.facebook.com/sonoworldmalaysia/videos/344004035987872/

4D baby boy peeed
https://www.facebook.com/sonoworldmalaysia/videos/246252845762992/


lagi video di Sonoworld Centre Ampang

Thursday, March 31, 2016

MINGGU2 AWAL KEHAMILAN


HAMIL KE X?
saya sering diajukan oleh soalan2 sebegini:
-saya hamil 5 mgg, normal ke hny nmpk kantung shj?
-UPT sy positif, tp scan rahim kosong?
-kenapa EDD saya xfollow period?


RINGKAS & PADAT: sila rujuk gambar


Gambr2 ini menunjukan peringkat tumbesaran kantung dan janin.
perhatikan gambar yg bertanda * bermakna scan yg dilakukan adalah melalui vagina (TVS; transvaginal scan)


Ini pula pada peringkat yg lebih besar di mana cukup dgn hanya melalukan TA (transabdominal scan) shj.



PENENTUAN EDD MESTI DILAKUKAN SEBELUM PERINGKAT 13 MINGGU.

EDD YG DIAMBIL MENGGUNAKAN PANJANG BABY (CRL) ADALAH YG PLG TINGGI KETEPATANNYA.


follow di:
fb page 3D4DSonoworld
ig Sonoworld Centre

MINGGU2 AWAL KEHAMILAN


HAMIL KE X?
saya sering diajukan oleh soalan2 sebegini:
-saya hamil 5 mgg, normal ke hny nmpk kantung shj?
-UPT sy positif, tp scan rahim kosong?
-kenapa EDD saya xfollow period?


RINGKAS & PADAT: sila rujuk gambar


Gambr2 ini menunjukan peringkat tumbesaran kantung dan janin.
perhatikan gambar yg bertanda * bermakna scan yg dilakukan adalah melalui vagina (TVS; transvaginal scan)


Ini pula pada peringkat yg lebih besar di mana cukup dgn hanya melalukan TA (transabdominal scan) shj.



PENENTUAN EDD MESTI DILAKUKAN SEBELUM PERINGKAT 13 MINGGU.

EDD YG DIAMBIL MENGGUNAKAN PANJANG BABY (CRL) ADALAH YG PLG TINGGI KETEPATANNYA.


follow di:
fb page 3D4DSonoworld
ig Sonoworld Centre

Friday, October 30, 2015

BILAKAH MASA SESUAI UTK 3D4D SCAN??


BILAKAH MASA YG SESUAI UTK 3D4D SCAN??

Di sini saya share kelebihan & kekurangan 3D4D scan pada minggu2 tertentu.
Hopefully dpt membantu memberi sedikit penerangan buat bakal ibu bapa yg berminat utk melakukan scan 3D4D.

Harus di fahami kualiti gambar adalah bergantung kpd beberapa faktor spt si ibu, air ketuban, saiz bayi serta teknologi mesin ultrabunyi yg digunakan.

HARGA??
bergantung kpd pakej yg di sediakan.

berikut adalah contoh Pakej yg terdapat di Sonoworld Centre.
SAH sehingga penghujung 2015.
Tiada caj tersembunyi
Tiada GST

*Saranan ini sesuai berdasarkan mesin scan tahap medium-high range.

Temui kami Sonographer anda di Sonoworld Centre Ampang.
Booking secara on9 utk elakkan masa menunggu yg lama.
www.mysonoworld.com


Sunday, August 16, 2015

KEHAMILAN & KEPUTIHAN

Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?
Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.
Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?
Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. 

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika: 
  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.
Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya. 

Bilakah saya harus berjumpa doktor?
Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal. 

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu. 

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri. 

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil. 

Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan.

Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?
Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:
  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. 

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga. 

Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat. 

Saturday, August 15, 2015

Nuchal Translucency Ultrasound Scan

Penjelasan ringkas mengenai NT Screening
Kaedah melalui u/s scan utk pengesanan awal syndrome Down's dan juga kecacatan kromosom major yg lain. (trisomy 21, 18 dan 13)

Kelebihan NT Scan yg dilakukan pada usia kandungan 11mgg-13mgg dan 6 hari:
-menentukan usia kandungan dgn lebih tepat

-diagnosis awal bg kebanyakkn kecacatan major fetus
-pengesanan awal bg kandungan kembar dan jenis uri (1 uri/ 2 uri/ 1 kantung / 2 kantung)
-terbaru ialah boleh mengesan awal wanita yg berisiko tinggi utk mendapat pre eclampsia.

Siapa yg berisiko tinggi???
-ibu yg berusia 35 tahun ke atas mempunyai kadar risiko yg lebih tinggi berbanding ibu2 muda (ibu2 muda juga tidak terkecuali)

-mempunyai sejarah keluarga dgn kecacatan kromosom
-terdedah dgn pekerjaan berisiko tinggi

Apa itu NT?
-NT ialah ukuran ketebalan cecair di bhgn belakang leher janin pd trimester pertama (11-13week)
-selain NT, kehadiran nasal bone (tulang hidung) janin juga salah satu soft marker utk ujian ini.


Kenapa hanya digunapakai pd 11mgg +0 hari sehingga 13mgg +6 hari SAHAJA???
-kejadian janin yg jelas terbentuk seawal 11 mgg
-ketepatan dlm pengukuran NT berkurangan slp 13 mgg (xtepat)

-Jika result NT screening adalah HIGH RISK , maka barulah kaedah CVS atau amniosintesis diguna pakai. Selain itu pengesanan drp ujian darah si ibu juga boleh dilakukan sekitar 15mgg kandungan. (sila ruj doktor perubatan anda)

Kaedah biasa yg digunapakai dikebanyakkan doktor pakar ialah:
-ujian serum si ibu (utk melihat kadar risiko janin yg abnormal)
-jika high risk maka akn dilakukan NT Screening
-Jika high risk maka boleh di teruskan dgn amniosintesis atau CVS
-detail scan pada trimester kedua
***Sila rujuk kpd doktor pakar perubatan anda utk penjelasan lanjut***




Siapa yg boleh melakukan ujian NT Screening ini???
-doktor pakar maternal fetal (MFU specialist)
-doktor pakar O&G (sesetghnya)
-Sonographer yg mempunyai lesen utk NT Screening




contoh lesen bagi menjalankan NT Screening saya





sumber asal drp FetalMaternalFoundation

www.mysonoworld.com
whatsapp 011 3295 7983


Thursday, August 13, 2015

SENARAI KLINIK YG MENAWARKAN KHIDMAT ULTRASOUND 3D4D scan

SENARAI KLINIK YG MENAWARKAN KHIDMAT ULTRASOUND 3D4D scan....Pn Nora scan

INI IALAH SENARAI VISITING CLINIC SEKITAR LEMBAH KLANG.
BOLEH BERJUMPA SAYA UTK SESI DI SONOWORLD CENTRE PD SETIAP SELASA 5PTG-9MLM

#AMPANG 
Sonoworld Centre Ukay Bestari
BG14 Residensi Bistaria Ukay Bestari
hulu Klang Ampang
010 225 6224
011 3295 7983
>>> yg ini blh booking on9 di www.mysonoworld.com

Klinik Fauziah
Scan type:3D4D, detail scan, general scan 
Tuesday 
03-4292 7917
RM120- 3D4D SHJ
RM150 DETAIL SCAN
>>boleh walk in utk hari selasa sesi bersama Pn Suraya 

#CHERAS
Poliklinik An Nur
Bukit Mahkota Cheras

#PUTRAJAYA
Klinik Maria
Scan type:
3D4D, detail scan, abdomen, gynea(uterus,ovaries), KUB(kidney, bladder), Breast, thyroid
Sunday 2.00pm-7.00pm
03 8861 3444
RM120-200

#DENGKIL
Klinik Marisa
Scan type:
3D4D, detail scan, abdomen, gynea(uterus,ovaries), KUB(kidney, bladder), breast, thyroid
Saturday 10.00am-3pm
03 87687791
RM100-200

#BANTING
Klinik Rozita

#SHAH ALAM
Seksyen 7
Klinik Ajwa 
Scan type:
3D4D, detail scan, abdomen, gynea(uterus,ovaries), KUB(kidney, bladder), Breast, thyroid
03 5510 6258
RM80-170

Seksyen 27
Klinik Aman
Scan type:
3D4D, detail scan,  abdomen, gynea(uterus,ovaries), KUB(kidney, bladder)
03 5191 9692
RM100-160

#BUKIT MAHKOTA NILAI
Klinik Mediviron Dr Haniey

**ALL SCAN BASE ON APPOINMENT**
**KUALITI IMAGE, PACKAGE DAN HARGA ADALAH BERLAINAN BG SETIAP KLINIK**

THANKS :)