Friday, August 14, 2015

Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don


Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don

Dan bagi golongan bakal Ibu dan bapa yang menantikan kelahiran anak, Ustaz Don dengan senang hati berkongsi cara buat air selusuh sendiri di Majalah WANITA keluaran JUN 2014. Ternyata, Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don ini. 

Gambar Kredit- Page Ustaz Don DDaniyal Don Biyajid: Solat & Selawat


Para suami adalah orang yang paling afdhal untuk menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:
1. Langkah Pertama
Surah Al-Fatihah (1X)

2. Langkah Kedua 
Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga 24

Terjemahan Ayat 21:
Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. 

Terjemahan Ayat 22:
Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan Ayat 23:
 Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Terjemahan Ayat 24:
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3. Langkah Ketiga

Selawat Syifa'
Selawat Syifa

Versi Video Selawat Syifa Hijjaz Terbaru https://www.youtube.com/watch?v=bNaHpsSjFG8

4. Langkah Keempat

Doa Selusuh

Terjemahannya:

" Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Langkah Kelima

Terjemahannya:

"Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Kisah Air Selusuh Dan Kelahiran Don Mustofa
Mengikut cerita isteri Ustaz Don, Dr Husna pada hari beliau melahirkan anak mereka Don Mustofa pada 18 Januari 2014 suaminya itu tidak sempat pun membuat air selusuh sebenarnya.

Ustaz Don hanya menghembuskan ayat-ayat untuk membuat air selusuh tersebut dan mengusapkan sahaja pada perut beliau sebelum bersalin.

Alhamdulillah. Berkat doa seorang suami segalanya dipermudahkan. Redha suami datang bersama redha Allah. Sama-sama kita doakan agar kandungan kita selamat dan di permudahkan proses kelahirannya nanti.

No comments:

Post a Comment