Sunday, August 23, 2015

Detail Scan Vs 3D4D5D Scan

3d ultrasound scan mengikut tumbesaran kandungan

Apa itu detail scan???
-Detail Scan ialah ultrasound jenis hitam putih (2D) yg dilakukan pada minggu 18-22 usia kandungan.
-detail scan masih boleh dilakukan pd 18mgg-28mgg kandungan bergantung kpd jenis mesin ultrasound yg digunakan
-Terdapat 3 jenis detail scan yg boleh dilakukan sepanjang kehamilan:

  • Nuchal Translucency scan, bacaan lanjut di sini
  • 2nd trimester detail scan
  • 3rd trimester detail scan dgn Doppler Study
Apa Tujuan Detail Scan?
bermatlamat utk mengesan sebarang keganjilan/ keabnormaliti pada kandungan (janin dan rahim)

Siapa yg disarankan melakukan ujian ini?
-Semua ibu2 hamil boleh melakukan ujian ini.
-Amat digalakkan bagi ibu2:
  • yg berumur 35tahun ke atas,
  • mempunyai sejarah lampau kandungan bermasalah
  • penghidap kencing manis/darah tinggi/thalasemia
  • si ibu yg merokok/minum minuman beralkohol
  • dan lain2 jika dinasihatkan oleh pakar perbidanan
Siapa Yg Melakukan Ultrasound Scan Ini?
-NT scan perlu dilakukan oleh doktor Pakar Maternal Fetal, Doktor Pakar O&G atau Sonographer yg mempunyai lesen amalan bg NT Screening.
-Detail Scan dilakukan oleh doktor fetal maternal, doktor O&G (sesetghnya) serta Sonographer bertauliah.

Apa Yg Boleh Dikesan Drp Detail Scan?
-antara organ janin yg diperiksa ialah:
  • kepala dan kandungan otak
  • facial (mata, hidung, mulut, dahi, dagu, telinga)
  • tulang belakang
  • paru2 dan jantung serta salur darah utama
  • perut, hati, usus, buah pinggang
  • tali pusat, uri
  • pundi kencing
  • kaki tangan serta jemari
  • kandungan air ketuban
  • posisi janin serta uri dan jenis uri
  • pintu serviks
Apa yg Boleh Dilakukan Jika Detail Scan Bermasalah?
-Pemeriksaan lanjut boleh disarankan jika terdapat keganjilan pada kandungan.
-Antaranya ialah Amniosintesis dan Chorionic Villus Sampling (CVS).
-bayi perlu diperiksa dgn terperinci selepas kelahiran.
-perlu mendapatakn khidmat nasihat drp doktor pakar kanak2.

Adakah Detail Scan Itu 100% Tepat?
-TIDAK
-kadar utk mengesan masalah pada kandungan di peringkat 2nd trimester detail scan ialah sekitar 80-85% sahaja
-Jika 2nd trimester detail scan ialah normal (low risk) kemungkinan utk bayi timbul masalah pd trimester seterusnya adalah sgt rendah sekitar 1-3%
-Kesihatan ibu mempengaruhi kesihatan bayi yg dikandung.

Apa Pula 3D4D5D dan HD Live Scan??
-3D4D5D Scan ialah scan jenis 3dimensi.
-4D ialah jenis 3D bervideo, 5D ialah antara jenis 3D yg berkualiti Tinggi dan "timbul" pada skrin manakala HD Live ialah jenis scan 3D yg beresolusi tinggi (high quality image)
-3d4d5d scan tidak memberikan nilai diagnostik pada kehamilan (tidak memberikan pemeriksaan detail keadaan bayi sihat atau tidak)
-3d4d5d scan hanya fokus pada surface part bayi spt muka, kaki tangan.
-tidak digunakan utk melihat keadaan jantung dan sebagainya.
-di kebanyakan klinik hanya ditawarkan sbg fetal studio shj (bertujuan utk mgambil gamabar bayi dlm kandungan sbg koleksi bergambar)
-Utk peringkat yg lebih tinggi terdapat teknologi 3d yg digunakan utk membuat penyelidikan bagi tulang belang, otak dan jantung. Teknologi ini hanya boleh didapati di klinik pakar Fetal Maternal dan berkos tinggi.

No comments:

Post a Comment