Trimester akhir kehamilan adalah waktu yang paling mencabar. Dengan saiz badan yang semakin berat. Sukar hendak bergerak jauh, kaki kerap kejang, kaki bengkak, kasut tidak muat, asyik hendak buang air kecil, susah tidur malam, panas, kuat makan. Arghhh...semua itu buat bakal ibu semakin tidak selesa. Berikut adalah tanda-tanda yang dialami oleh bakal ibu dan mungkin tidak disedarinya.
- Suami kena tolong potongkan kuku kaki anda.
- Suami atau kalau ada anak sudah besar, perlu bantu anda pakai stoking.
- Jika keluar bersiar-siar, perkara pertama yang anda fikirkan adalah tandas berdekatan.
- Orang akan melihat perut anda dahulu, kemudian mata anda dan berbalik ke perut semula.
- Anda akan menerima bermacam komen seperti “Kembar ke?”, “Nampak macam nak bersalin bila-bila saja ni!”, “Bila due date?”
- Anda rasa macam hendak pakai kad yang digantung dileher dan bertulis, “Saya rasa hebat, tarikh bersalin saya pada......, jantina bayi adalah.....dan ini anak nombor..... Terima kasih kerana tidak bertanya!”
- Senaman yang disarankan di akhir kehamilan adalah tunduk ke bawah untuk mengutip stoking.
- Semakin tidak selesa dengan pakaian yang ada walaupun ia baju ibu mengandung. Mungkin lebih selesa menyarung t-shirt suami yang paling besar.
- Anda bangun lebih daripada empat kali setiap malam. Satu atau dua kali untuk buang air kecil, sekali atau dua kali kerana kejang kaki dan sekurang-kurangnya sekali sebab lapar!
- Tiada yang lebih bermakna selain daripada tidur sekejap waktu siang.
- Bermula saat ini sehingga ke tarikh bersalin, dagu anda akan semakin berlipat setiap minggu.
- Anda hairan kenapa bil elektrik bertambah tinggi. Oh, biasalah ibu mengandung terutama di akhir trimester berasa sangat panas. Tak hairanlah aircond di rumah tak bertutup!
enjoy ur pregnancy!!
petikan penuh di sini
No comments:
Post a Comment