Saturday, August 15, 2015

Nuchal Translucency Ultrasound Scan

Penjelasan ringkas mengenai NT Screening
Kaedah melalui u/s scan utk pengesanan awal syndrome Down's dan juga kecacatan kromosom major yg lain. (trisomy 21, 18 dan 13)

Kelebihan NT Scan yg dilakukan pada usia kandungan 11mgg-13mgg dan 6 hari:
-menentukan usia kandungan dgn lebih tepat

-diagnosis awal bg kebanyakkn kecacatan major fetus
-pengesanan awal bg kandungan kembar dan jenis uri (1 uri/ 2 uri/ 1 kantung / 2 kantung)
-terbaru ialah boleh mengesan awal wanita yg berisiko tinggi utk mendapat pre eclampsia.

Siapa yg berisiko tinggi???
-ibu yg berusia 35 tahun ke atas mempunyai kadar risiko yg lebih tinggi berbanding ibu2 muda (ibu2 muda juga tidak terkecuali)

-mempunyai sejarah keluarga dgn kecacatan kromosom
-terdedah dgn pekerjaan berisiko tinggi

Apa itu NT?
-NT ialah ukuran ketebalan cecair di bhgn belakang leher janin pd trimester pertama (11-13week)
-selain NT, kehadiran nasal bone (tulang hidung) janin juga salah satu soft marker utk ujian ini.


Kenapa hanya digunapakai pd 11mgg +0 hari sehingga 13mgg +6 hari SAHAJA???
-kejadian janin yg jelas terbentuk seawal 11 mgg
-ketepatan dlm pengukuran NT berkurangan slp 13 mgg (xtepat)

-Jika result NT screening adalah HIGH RISK , maka barulah kaedah CVS atau amniosintesis diguna pakai. Selain itu pengesanan drp ujian darah si ibu juga boleh dilakukan sekitar 15mgg kandungan. (sila ruj doktor perubatan anda)

Kaedah biasa yg digunapakai dikebanyakkan doktor pakar ialah:
-ujian serum si ibu (utk melihat kadar risiko janin yg abnormal)
-jika high risk maka akn dilakukan NT Screening
-Jika high risk maka boleh di teruskan dgn amniosintesis atau CVS
-detail scan pada trimester kedua
***Sila rujuk kpd doktor pakar perubatan anda utk penjelasan lanjut***




Siapa yg boleh melakukan ujian NT Screening ini???
-doktor pakar maternal fetal (MFU specialist)
-doktor pakar O&G (sesetghnya)
-Sonographer yg mempunyai lesen utk NT Screening




contoh lesen bagi menjalankan NT Screening saya





sumber asal drp FetalMaternalFoundation

www.mysonoworld.com
whatsapp 011 3295 7983


No comments:

Post a Comment