Thursday, August 20, 2015

Tips dan Doa utk Hamil Anak Perempuan


Kepada pasangan yang sudah mempunyai beberapa orang anak lelaki tentu teringin menimang cahaya mata perempuan pula. Selain berdoa meminta kepada Yang Maha Kuasa, tidak ada salahnya kita mencuba beberapa petua asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Sebelum itu anda perlu mengenal karektor sperma X dan Y yang menentukan jenis jantina anak yang dikandung. Untuk jantina perempuan dibawa oleh sperma X sedangkan jantina lelaki dibawa oleh sperma Y.
*Sperma X : Gerakannnya lambat, namun masa hidupnya lebih panjang dan tahan lama.
*Sperma Y: Gerakannya cepat, mudah rosak dalam kawasan berasid dan masa hidupnya lebih pendek.
  1. Tentukan waktu hubungan intim
Pasangan suami isteri hendaklah melakukan hubungan intim dua atau tiga hari sebelum waktu subur dan jangan lagi melakukan hubungan selepas itu. Sehingga saat ovulasi, sperma Y sudah mati dan hanya sperma X yang akan membuahi sel telur.
  1. Sediakan perlindungan
Selepas anda melakukan hubungan intim pada waktu yang disarankan berikut, elakkan daripada melakukan hubungan intim daripada sebarang perlindungan menggunakan kondom kerana akan mengganggu perjalanan sperma X untuk melekat pada telur.
  1. Jangan terlalu dalam
Suami jangan melakukan tusukan terlalu dalam ketika melakukan hubungan intim dengan isteri kerana sifat sperma X yang lambat tetapi tahan lama, maka perjalanan sperma yang tidak terlalu cepat akan menguntungkan sperma  X kerana sperma Y sudah terlebih dahulu mati sebelum mencapai destinasi.
  1. Mengatur waktu orgasma
Jika anda menginginkan anak perempuan, suami boleh mencapai orgasma terlebih dahulu sebelum isteri, sehingga keadaan vagina yang masih berasid diharapkan boleh mematikan sperma Y sebelum sampai ke sel telur, dan hanya sperma X yang akan berjaya menembusi sel telur.
  1. Posisi yang disarankan
Kajian menyarankan jika pasangan mahu anak perempuan, posisi ketika melakukan hubungan intim yang disarankan adalah berhadapan atau wanita di atas.
  1. Elakkan menggunakan pelincir bantuan
Lakukan ‘foreplay’ yang cukup untuk mengeluarkan cairan di vagina isteri berbanding menggunakan pelincir buatan.
       7.  Faktor pemakanan
Bakal ibu digalakkan memperbanyakan pengambilan makanan kaya dengan kalsium serta magnesium kerana kedua khasiat tersebut dipercayai dapat menarik sperma X. Sumber kalsium dan magnesium boleh diperoleh daripada susu, sayuran seperti lobak merah, terung, bawang, timun serta buah-buahan seperti epal, pear dan strawberi. Elakkan makanan mengandungi kadar sodium, kalium dan potassium tinggi seperti pisang, zaitun, ikan salmon, udang, kentang, daging.
Bagaimanapun semua tip berikut tidak memberikan jaminan 100 peratus anda mendapat jantina anak perempuan. Kita hanya mencuba, Tuhan juga yang menentukan segalanya.
 Dipetik drp tulisan asal  di sini

No comments:

Post a Comment